Pelekat

Packexe SMASH telah direka dengan pelekat yang dirumus secara khusus, sesuai untuk mencantumkan kaca, bagi melindungi mangsa dan pasukan penyelamat daripada serpihan dan debu kaca. Pelekat mencengkam dengan baik dalam semua keadaan cuaca sama ada basah atau kering.

Tebukan

Dengan tebukan dibuat pada setiap 100mm, lapisan Packexe SMASH boleh didispens dengan mudah daripada gulungan. Penyelamat mempunyai fleksibiliti untuk menggunakan lapisan Packexe SMASH dalam bahagian yang kecil bagi melitupi kawasan yang sukar dicapai seperti tingkap sisi kecil. Lapisan bertebuk memastikan penggunaan yang tepat untuk mengurangkan pembaziran.

Terbukti mengukuhkan cermin

Ujian yang dijalankan oleh Exeter Advanced Technologies di Universiti Exeter pada Julai 2009 membuktikan bahawa kekuatan kaca hampir digandakan dengan penggunaan Packexe SMASH dengan pengurangan risiko retakan sebanyak kira-kira 42%.

Tidak perlu untuk menanggalkan kaca

Setelah berjaya mencipta satu produk untuk membantu pengurusan kaca, Packexe juga telah memperkemas keseluruhan proses tersebut. Packexe SMASH memperkukuh kaca, jadi tidak perlu lagi untuk memecahkan dan menanggalkan kaca secara paksaan seperti yang dilakukan sebelum ini. Adalah disyorkan agar Packexe SMASH digunakan kepada semua kaca yang dikenal pasti berisiko sebaik sahaja sampai di RTC sebagai pengurusan kaca sebelum kerja pembebasan dimulakan.


Packexe.jpg

Dispenser

Dispenser unik melengkapkan sistem Packexe SMASH, yang ketika ini tertakluk kepada pemohonan paten. Dengan rekaan yang ergonomic dan mudah digunakan, Packexe SMASH boleh dipasang dalam masa beberapa saat oleh seorang pengendali sahaja. Sistem lengkap ini telah direka untuk memberikan kawalan dan kepantasan kepada proses pemasangan.

Penggelek berkembar

Penggelek busa berkembar mengikut kontur kenderaan untuk litupan yang rata dengan mengurangkan gelembung udara. Teknologi penggelek membolehkan lapisan bersentuh terus dengan kaca, dan membenarkan Packexe SMASH bertindak dengan baik dalam keadaan berangin. Keadaan cuaca yang basah ditangani dengan menggabungkan tekanan dan gerakan penggelek yang menolak air dari permukaan semasa lapisan dipasang.